CEO Astronomer letak jawatan lepas video ‘curang’ tular di Konsert Coldplay

lNEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi yang berpangkalan di New York, Astronomer, Andy Byron telah meletakkan jawatan sejurus video dirinya yang tular di seluruh dunia yang curang memeluk seorang kakitangan.

Memetik portal berita antarabangsa CNN pada Sabtu, pihak lembaga pengarah syarikat Astronomer telah menerima surat peletakan Byron dan akan memulakan pencarian CEO baharu untuk mengisi jawatan itu.

Insiden yang penuh memalukan itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam talian, termasuk dakwaan bahawa Byron telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, Astronomer dalam satu hantaran di LinkedIn menafikan perkara itu, dengan menyatakan bahawa “Byron belum mengeluarkan sebarang kenyataan” dan laporan yang mengatakan sebaliknya adalah tidak tepat.

Dalam kenyataan yang sama, syarikat itu turut menegaskan bahawa terdapat salah faham mengenai identiti individu ketiga yang kelihatan dalam klip video berkenaan.

Pada Rabu lalu, Byron telah dilihat bersama Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat, Kristin Cabot, muncul di skrin “kiss cam” di Stadium Gillette, Foxborough, Massachusetts, sebelum kedua-duanya dilihat menunduk dan menghilangkan diri daripada pandangan kamera.

Anda Mungkin Berminat