Chegubard Ditahan Polis Susulan berunsur hasutan

PETALING JAYA: Pemimpin Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard ditahan malam tadi selepas didakwa menyampaikan ucapan berunsur hasutan dalam satu ceramah politik di Bagan Serai, 1 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira 10.25 malam, dan polis akan memohon perintah reman hari ini.

Katanya, penahanan dibuat selepas polis mengesan hantaran di TikTok yang memaparkan Badrul menyampaikan ucapan berunsur hasutan serta dakwaan tidak berasas mengenai institusi diraja.

“Kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat