China komited perkukuh kerjasama dagangan dengan ASEAN

BEIJING: China menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan rakan dagang termasuk negara-negara ASEAN bagi memperkukuh komunikasi dan penyelarasan dalam isu perdagangan global.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri Perdagangan China, Wang Wentao dalam pertemuan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz sempena lawatan rasmi ke negara itu.

Lapor Reuters, dalam kenyataan rasmi Kementerian Perdagangan China, kedua-dua menteri telah membincangkan usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala antara China dan Malaysia serta memeterai kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN.

Menurut Wang, Beijing bersedia menangani kebimbangan perdagangan melalui dialog dan perundingan berasaskan prinsip kesaksamaan selain terus bekerjasama dalam mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala khususnya berikutan tindakan tarif terkini oleh Amerika Syarikat.

“China bersedia untuk bekerjasama dengan semua rakan dagangan termasuk negara ASEAN bagi melindungi sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka dan adil,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat