Bintang bola sepak, Christiano Ronaldo berjaya menjulang pasukan Al-Nassr ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia selepas berjaya menewaskan Al-Fayha dalam aksi pusingan 16 terakhir di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi Khamis.
Bekas bintang FC Porto itu menyertai Nassr pada musim panas lalu, menanduk masuk dari jarak dekat untuk menyumbat gol bagi perlawanan kedua berturut-turut buat kelabnya.
Perlawanan dimulakan dengan penguasaan menyeluruh ditampilkan Al-Nassr yang tampak lebih selesa dengan bola.
Al-Nassr tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan jaringan apabila pada minit ke-17, Otavio berjaya memberikan gol pendahuluan buat Al-Nassr hasil penyudah tandukan menarik, Al-Nassr dilihat berada di garis hadapan 1-0.
Biarpun pasukan AL-Nassr sudah menjaringkan gol, namun barisan Al-Fayha masih gagal mengawal permainan apabila terus membiarkan pasukan lawan terus menguasai bola.
Penyerang Nassr, Ronaldo, turut dilayangkan kad kuning pada masa kecederaan babak pertama kerana terjahan lewat, namun kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, momentum Al-Nassr diteruskan dengan memaksa barisan pemain Al-Fayha bertahan di kawasan sendiri.
Sadio Mane hampir menggandakan jaringan buat Al-Nassr namun percubaannya pada minit ke-65 sedikit tersasar.
Al-Nassr akhirnya berjaya mendapatkan gol kedua dan gol tersebut dihasilkan oleh bintang utama mereka, Cristiano Ronaldo pada minit ke-86 yang memanfaatkan kesilapan dari penjaga gol Al-Fayha selepas penjaga gol gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Baca juga: