‘Cinta Sejati’ Janji Istimewa BCL Buat Peminat Malaysia

Oleh Nadhirah Akmam

PENYANYI terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menjanjikan lagu ikoniknya Cinta Sejati antara persembahan wajib dalam konsert, BCL: Eternal Love – Timeless Romance pada 27 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

“Lagu yang wajib dibawakan tentu ada. Lagu seperti Cinta Sejati yang paling menyentuh hati peminat,” kata BCL kepada media ketika mengulas persiapan konsert tersebut.

Konsert anjuran Pulse Project Asia itu akan membawa penonton menyusuri perjalanan seni dan kisah cinta BCL melalui lagu-lagu ikoniknya seperti Karena Ku Cinta Kau dan 12 Tahun Terindah.

Wakil penganjur, Muhammad Anuar Zaini berkata, konsert ini merupakan hadiah buat peminat Malaysia yang sentiasa menyambut BCL dengan penuh cinta dan sokongan sepanjang kariernya.

BCL turut menjelaskan konsert kali ini bersifat lebih intim bagi membolehkannya berinteraksi lebih dekat dengan peminat dan menyampaikan emosi melalui penceritaan lagu.

“Saya ingin berkongsi penghayatan dalam lirik lagu. Sebab itu konsert sebegini lebih bermakna,” ujarnya lagi.

Konsert istimewa ini juga akan menampilkan penyanyi Jaclyn Victor dan pemain biola terkenal, Dennis Lau.

Tiket konsert boleh didapati menerusi platform rasmi Ticket2U dengan harga bermula RM259. Peminat diingatkan agar membeli melalui saluran sah bagi mengelakkan penipuan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat