PARLIMEN | Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sempat berjenaka dan mengusik Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, semasa sesi menjawab titah diraja di Dewan Rakyat pada Rabu, ketika membincangkan isu keselamatan siber dan privasi dalam talian.
Fahmi, dalam jawapannya mengenai pengumpulan data pengguna oleh laman web, secara berseloroh menyebut bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh mungkin perlu membersihkan algoritma beliau di saat merujuk kepada kecenderungan iklan yang ditunjukkan di internet berdasarkan data yang dikumpul.
Fahmi turut menerangkan bahawa setiap kali pengguna melayari laman web, “cookies” akan dipasang untuk mengumpul maklumat tentang apa yang mereka suka atau tidak suka, dan menggunakan maklumat tersebut untuk menyesuaikan iklan yang dipaparkan.
“Jadi, Yang Berhormat Permatang Pauh, mungkin perlu berhati-hati kerana apabila kita melawat laman web, cookies ini akan menunjukkan iklan-iklan yang sesuai dengan minat kita.
“Saya cadangkan supaya algoritma anda dibersihkan,” katanya lagi.
Baca juga:








