‘Core’ raya 2025, trending dengan AI dan chatgpt

Oleh: Aliyaa Azmi

AIDILFITRI tahun ini dimeriahkan dengan kemunculan pelbagai ilustrasi kepintaran buatan (AI) yang menghangatkan dunia maya dan menjadi ikutan banyak pihak.

Antaranya ialah karektor studio Ghibli yang dicipta daripada aplikasi ChatGPT dan turut mencetuskan pelbagai kontroversi.

Terbaharu, figura berbentuk mainan kecil pula yang menjadi ‘trending’ dengan pengguna internet boleh membuat sendiri patung mainan dengan hanya dalam talian.

Selebriti Hazeman Huzir turut tidak terlepas memuat naik gambarnya lengkap berbusana raya dan menjadikannya mainan dalam talian.

2025 Raya Edition yang memaparkan Hazeman dalam bentuk mainan lengkap bersama aksesori tradisional seperti baju Melayu, songkok, sampin dan jam tangan.eee

Reka bentuk figura ini dimuat naik oleh Hazeman sendiri di media sosial dan segera menjadi tular di platform X dan TikTok.

Menariknya, orang ramai mula mencipta versi mereka sendiri menggunakan templat ayat yang disediakan oleh Hazeman.

“Cipta mainan berdasarkan individu dalam gambar, dalam bentuk figura aksi. Di sebelah figura tersebut, letakkan aksesori mainan seperti kasut, sampin, songkok, baju Melayu dan jam tangan. Di bahagian atas kotak, tulis ‘Hazeman Huzir’ dan di bawahnya ‘Edisi Raya 2025’. Bayangkan ia dalam gaya realistik dengan rekaan pembungkusan bertemakan songket minimalis,” tulisnya di aplikasi X.

Dengan hanya menampal arahan ini pada ChatGPT bersama gambar peribadi, pengguna berjaya menghasilkan imej 3D unik masing-masing — lengkap dengan bungkusan bertemakan songket dan label “2025 Raya Edition”.

Hasil kreativiti ini kemudiannya dikongsi secara meluas di Twitter, menjadikannya satu trend yang semakin berkembang dengan ramai orang mencipta dan berkongsi versi mereka sendiri.

Fenomena ini menghubungkan pengguna dari pelbagai latar belakang, memperlihatkan keunikan sambutan Raya melalui lensa digital kreatif.

Imej 3D ini bukan sekadar hiburan visual, malah mencerminkan satu bentuk ekspresi diri baharu sempena perayaan. Dengan menampilkan karakter dalam busana tradisional yang disulam elemen budaya pop seperti Barbie, Sailormoon dan Son Goku, fenomena ini menyerlahkan bagaimana teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu memberi nafas segar kepada sambutan tradisional.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat