Cuaca Panas: KPM Benarkan Pakaian Sukan, Aktiviti Luar Dipantau

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana di sekolah memakai pakaian sukan yang sopan sebagai langkah menghadapi cuaca panas ketika ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kelonggaran itu diberikan bagi memastikan keselesaan serta keselamatan warga sekolah terus terpelihara.

“Ini termasuk keperluan untuk memantau pelaksanaan aktiviti luar serta kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas,” katanya.

Menurut KPM, semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya turut diarah supaya lebih berhati-hati dalam merancang aktiviti luar.

“Pelaksanaan aktiviti luar perlu dipantau rapi bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan susulan keadaan cuaca panas,” katanya.

Dalam masa sama, KPM menegaskan langkah berkenaan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah.

KPM berkata, semua pihak di sekolah perlu sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat dan kondusif.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat