Oleh: Tyah Helmi
GAZA: Beberapa bungkusan dadah jenis pil opioid oxycodone telah ditemui oleh penduduk Gaza ketika menerima bantuan makanan oleh pusat bantuan yang dikendalikan oleh organisasi Amerika Syarikat-Israel iaitu Gaza Humanitarian Foundation (GHF).
Memetik The Middle East Eye hari ini, perbuatan terkutuk itu membuatkan Pihak berkuasa Gaza menggesa siasatan antarabangsa selepas penemuan pil opioid jenis oxycodone dalam bungkusan tepung yang diagihkan oleh pusat bantuan AS-Israel itu.
Menurut kenyataan pejabat media kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya empat penduduk melaporkan menemui pil tersebut dalam bungkusan bantuan makanan.
Beberapa saksi mendakwa bahan narkotik itu mungkin telah dihancurkan atau dicampur terus ke dalam tepung.
Untuk rekod, Oxycodone merupakan ubat penahan sakit kuat yang biasanya digunakan untuk pesakit kanser, namun ia sangat ketagihan dan boleh menyebabkan kesan sampingan serius termasuk halusinasi dan masalah pernafasan.

Seorang ahli farmasi tempatan, Omar Hamad, menyifatkan penemuan ini sebagai “bentuk paling keji bagi pembunuhan beramai-ramai,” manakala seorang doktor Gaza, Dr Khalil Mazen Abu Nada, menyatakan bahawa dadah itu digunakan sebagai “alat untuk menghancurkan kesedaran masyarakat kami”.
Pihak berkuasa Gaza menuduh Israel menyalahgunakan sekatan dan operasi bantuan untuk menyeludup bahan terlarang ke dalam wilayah yang terkepung, dan menyifatkan pusat bantuan GHF sebagai “perangkap maut”.
Mereka turut menuntut agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan hak asasi manusia segera menyiasat perkara ini.
Baca juga: