Seorang remaja lelaki disyaki mempunyai masalah kesihatan mental telah bertindak agresif di dalam Masjid Jamek Bandar Tangkak, Johor, pada Isnin malam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira pukul 10.30 malam.
“Setibanya di masjid berkenaan, terdapat seorang remaja tempatan berumur dalam lingkungan 18 tahun dalam keadaan tidak terkawal sedang berada diruang solat masjid.
“Hasil siasatan awal mendapati remaja terbabit telah mengalami kemurungan dan bercakap seorang diri sejak tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang tinggal tidak jauh dari Balai Polis berkenaan telah berjaya dihubungi sekaligus membawa remaja itu untuk menerima rawatan.
Baca juga: