Dakwaan lebih 500,000 warga asing menganggur, KSM minta tunjuk bukti

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menunggu laporan rasmi berserta bukti mengenai pendedahan mengatakan lebih 500,000 warga asing ‘menganggur’ di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata pihaknya bersedia untuk menerima laporan supaya boleh membantu kementerian memulakan siasatan mengenai isu tersebut.

Dalam pada itu, beliau meminta Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) yang membuat pendedahan mengenai 500,000 warga asing menganggur unruk mengemukakan laporan rasmi kepadanya berserta bukti.

“Mereka perlu mengemukakan bukti kepada kami, kami akan bersikap terbuka untuk menerima apa-apa jenis laporan,” katanya laporan Berita Harian.

Isnin lalu, media melaporkan jumlah pekerja asing ‘menganggur’ atau tidak diupah oleh mana-mana majikan di Malaysia mencecah jumlah 500,000 orang.

Ia merupakan sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAPSMA, Dr Sukumaran Nair.

Meskipun sudah masuk secara sah, mereka tidak mempunyai pekerjaan dan berkeliaran bersama kumpulan warga asing di seluruh negara.

Disebabkan itu, ia menjadi punca kepada kebanjiran pekerja asing dalam negara yang dianggarkan melebihi 2.7 juta hingga mengganggu ketenteraman awam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat