Dana Inovasi Media RM30 Juta Dibuka Mulai Januari 2026

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka Dana Inovasi Media RM30 juta fasa pertama mulai 1 hingga 14 Januari 2026, sebagai langkah mempercepat transformasi industri media tempatan.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata dana itu bertujuan menyokong penghasilan kandungan media yang kreatif dan berimpak tinggi.

“Dana ini menumpukan kepada empat fokus utama iaitu kandungan kreatif, latihan pekerja media, pembangunan teknologi serta memperkukuh daya saing organisasi media,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Fahmi menambah, dana ini juga memberi peluang kepada syarikat dan organisasi media tempatan yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia untuk memperoleh latihan, perisian, perkakasan dan R&D bagi mempertingkatkan kualiti kandungan serta penggunaan teknologi media terkini.

Fahmi menegaskan kerajaan mahu industri media tempatan kekal relevan, berdaya saing dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Penyertaan dalam dana ini juga akan membolehkan organisasi media mengadaptasi teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan dalam penghasilan kandungan berkualiti tinggi,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat