Dani Alves dipenjara atas kesalahan merogol

Bekas pemain Barcelona dan Brazil, Dani Alves dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun enam bulan setelah didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kelab malam di Barcelona pada Disember 2022.

Pada mulanya, pihak pendakwa meminta hukuman penjara selama sembilan tahun, namun ditolak oleh mahkamah.

Alves kemudian diarahkan untuk membayar sejumlah AS$162,461 (RM776,401) kepada mangsa.

Bagaimanapun, Alves mengaku tidak bersalah dan meminta untuk membuat rayuan.

Mahkamah tidak menerima hujah peguam bela Alves yang meminta hukuman yang lebih ringan kerana dia melakukan kesalahan tersebut bawah pengaruh alkohol.

Isterinya, Joana Sanz, 31, berkata Alves kelihatan sangat mabuk ketika kembali ke rumah mereka di Barcelona pada hari kejadian kerana dirinya melanggar beberapa perabot sebelum rebah di atas katil.

Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila Alves dan rakannya berkunjung ke sebuah kelab malam dan bertemu dengan tiga orang wanita. Dalam keadaan mabuk, Alves telah meminta salah seorang daripada wanita terbabit untuk melakukan hubungan seks.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat