LAPAN barisan selebriti terkemuka antarabangsa seperti Daniel Craig, Timothee Chalamat dan Angelina Jolie merebut hadiah utama di Majlis Golden Globes 2025 yang kini sedang berlangsung di Amerika Syarikat (AS).
Media melaporkan, antara selebriti yang tersenarai adalah bintang-bintang British seperti Daniel Craig, Ralph Fiennes, Cynthia Erica dan Kate Winslet.
Manakala, Timothée Chalamet, Nicole Kidman, Angelina Jolie dan Colman Domingo turut bersaing sengit dalam kategori hadiah utama tersebut.
Sementara itu, filem lain yang bertanding untuk trofi termasuk muzikal hit dalam filem, Wicked, Sean Bakers Palme d’or di samping drama epik, The Brutalist, Anora dan Brady Corbet, yang dipuji sebagai karya agung (masterpiece) selepas tayangan perdana festivalnya.
Selain itu, komedi berdiri (stand-up comedy), Nikki Glaser mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang menjadi pengacara Golden Globes secara berseorangan.
Memetik media antarabangsa, The Independent, Glaser ditawarkan sebagai pengacara selepas Jo Koy menjadi pengacara saat akhir pada tahun 2024.
Untuk makluman, majlis anugerah tersebut akan disiarkan di Rangkaian televisyen dan radio siaran komersial Amerika (CBS) dan penonton AS boleh menonton rancangan itu di Paramount+.








