DAP hanya ‘yes man’ kepada rakyat, pengundi – Guan Eng

PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak akan menjadi parti ‘yes man’ atau “pak turut’ walaupun rakan setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lim Guan Eng berkata, dalam apa jua keadaan, mereka akan tetap mengutamakan pengundi dan rakyat.

“DAP telah menjadi sekutu teguh seperti yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung DAP terdahulu, daripada Lim Kit Siang sehinggalah sekarang, Anthony Loke.

“Kami bangga dapat membantu hingga beliau (Anwar) menjadi Perdana Menteri dan akan terus berbuat demikian.

“Bagaimanapun, biar saya tegaskan bahawa DAP bukanlah parti ‘yes man’. DAP hanyalah ‘yes man’ kepada pengundi kita dan rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada Ahad.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; dan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Anda Mungkin Berminat