“Dapat main game bersama…”, Anuar Zain teruja dapat peluang dekat dengan peminat

Penyanyi popular, Anuar Zain mengakui berasa puas setelah selesai menjayakan konsert Anuar Zain 40 Execlusive Up Close and Personal di JioSpace, Petaling Jaya pada Sabtu.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 54, memberitahu, persembahan dalam konsert tersebut lebih bermakna berbanding konsert terdahulu, memandangkan tahap kesihatannya lebih baik.

“Kini saya sudah kembali sihat dan dapat menebus semula kekurangan saya pada konsert kali ini.

“Saya turut berasa teruja dengan semangat penonton kali ini kerana mereka memberikan tenaga yang turut memberi semangat buat saya untuk memberi persembahan yang terbaik,” katanya ketika ditemui Malaysia Bangkit.

Dalam pada itu, kapasiti konsert yang lebih kecil dalam anggaran kurang 1,000 peserta memberikannya lebih peluang untuk dekat dengan peminat.

“Saya dapat berjalan sambil menyanyi di seluruh kawasan konsert. Peminat juga dapat bertemu lebih rapat dengan saya.

“Mereka juga berkesempatan untuk main permainan dengan saya,” katanya.

Antara permainan ialah teka lagu penyanyi berkenaan berdasarkan lirik yang dibaca.

Terdahulu, Anuar Zain telah mengadakan konsert Anuar Zain 40th Anniversary di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Oktober 2023.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat