KUALA LUMPUR: Peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini boleh menarik nafas lega apabila dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran secara rasmi diluluskan dan dibuka kepada semua golongan peminjam.
Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu telah diluluskan Majlis MARA dan disifatkan sebagai peluang terbaik yang wajar dimanfaatkan oleh peminjam.
“MARA menawarkan dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran. Terbuka untuk semua. Jangan lepaskan peluang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Permohonan boleh dibuat melalui portal e-conversion atau dihantar terus ke alamat emel [email protected].
Sebarang pertanyaan lanjut pula boleh diajukan kepada Careline Bahagian Kawalan Kredit MARA di talian 03-40108800 / 8801 / 8802.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam meringankan beban kewangan peminjam, selari dengan matlamat MARA untuk terus memperkukuh akses pendidikan dan pembangunan modal insan Bumiputera di negara ini.
Baca juga: