Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi bersepadu dengan merobohkan sembilan (9) struktur haram yang dibina tanpa kelulusan di atas rizab jalan awam.
Menurut DBKL, tindakan itu diambil kerana struktur-struktur tambahan tersebut menghalang laluan utama termasuk kawasan rizab jalan dan tempat letak kereta awam di sekitar kawasan Bukit Bintang pada 23 Januari lalu.
“Akibat menghalang laluan utama, struktur tersebut telah dikenakan tindakan roboh serta-merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya.
Tindakan itu adalah di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 untuk memastikan kelancaran laluan utama.
DBKL memaklumkan bahawa operasi serupa akan terus dijalankan dengan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan pematuhan undang-undang.
“Orang awam yang mempunyai aduan atau maklumat boleh menghubungi DBKL melalui pautan, https://adukl.dbkl.gov.my/,” menurut DBKL.
Baca juga:








