KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan sebarang dakwaan yang cuba mengaitkan agensi itu dengan aktiviti meminta wang perlindungan, salah guna kuasa atau perlakuan menyalahi undang-undang.
Menerusi kenyataan di Facebook hari ini, DBKL menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu atau kenyataan yang tular di media sosial berhubung kes ‘jurugambar haram’ yang didakwa memukul orang awam di kawasan KLCC pada 22 Mac lalu.
Menurut DBKL, kenyataan yang dibuat oleh individu terbabit adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian atau tindakan rasmi organisasi berkenaan.
“DBKL memandang serius penularan video itu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan awam serta menjejaskan integriti, kredibiliti dan reputasi organisasi ini.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan tuduhan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya,” menurut kenyataan itu.
DBKL turut menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan tanggungjawab secara telus, berintegriti serta berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa.
Baca juga:








