Delegasi Bangladesh Lawat JPA Perkukuh Kerjasama Perkhidmatan Awam

PETALING JAYA: Delegasi Kementerian Pentadbiran Awam (MOPA) Republik Rakyat Bangladesh hari ini mengadakan kunjungan rasmi ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Lawatan tersebut bertujuan mendapatkan pendedahan mengenai tadbir urus terbaik Malaysia dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Antara fokus utama adalah pengurusan dan pembangunan sumber manusia, khususnya dalam memperkukuh sistem perkhidmatan awam yang lebih berkesan.

Pihak JPA turut menyampaikan taklimat berkaitan isu semasa merangkumi pengurusan psikologi, kesejahteraan mental pegawai awam, dasar latihan serta penggunaan teknologi digital.

Pihak JPA turut memaklumkan lawatan seumpama ini memberi peluang untuk bertukar pandangan selain memperluas kerjasama dua hala.

“Kerjasama strategik ini mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan awam di kedua-dua negara melalui perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan.

Delegasi MOPA turut menzahirkan penghargaan atas kesediaan JPA berkongsi kepakaran dalam bidang pengurusan sumber manusia dan transformasi digital.

Malaysia dan Bangladesh mempunyai hubungan erat dalam bidang perkhidmatan awam sejak sekian lama, khususnya melalui program latihan dan pertukaran pengalaman pegawai kerajaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat