Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi selama sehari bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.
Dalam pada itu, Hun Manet hadir ke Parlimen bagi mengadakan kunjungan hormat selain kehadirannya dialu-alukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
“Saya ingin menarik perhatian yang berhormat sekalian, bahawa hari ini kita amat bertuah sekali untuk menerima, tetamu khas bersama delegasi beliau di dewan yang mulia ini.
“Saya dengan penuh hormatnya mengalu-alukan kehadiran tuan yang terutama Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja, dan deligasi ke dewan.
“Kepada tuan yang terutama, kehadiran di dewan rakyat ini merupakan satu penghormatan besar pada badan delegasi Malaysia. Saya berharap agar lawatan rasmi ini, dapat mengukuhkan lagi hubungan bilateral (dua hala) dengan Malaysia,” katanya.
Ketibaan Hun Manet ke Dewan Negara diiringi Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Selain itu, delegasi Perdana Menteri Kemboja itu turut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara.
Baca juga: