TAMPAKNYA, penjualan tiket konsert “CintaKu TerTinggal Di Malaysia” kini hampir habis terjual dengan hanya tiga kategori berbaki sekitar 25 peratus sahaja.
Penganjur, Icon Entertainment, memaklumkan tiket konsert Dewa 19 itu mendapat sambutan luar biasa daripada BalaDewa, BalaDewi dan Sobat Padi membuktikan aura legenda rock Indonesia itu masih ampuh di Malaysia.
“Setakat ini, beberapa kategori telah pun ‘sold out’ sepenuhnya. Kami menyeru peminat agar segera mendapatkan tiket sebelum kesemua kategori habis terjual,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Konsert mega yang dijadual berlangsung pada 6 Jun 2026 (Sabtu) di Axiata Arena itu bakal menyaksikan penampilan penuh bertenaga tiga vokalis utama Dewa 19 iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe (Ello), bersama pemain dram popular Tyo Nugros.
Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan kemunculan khas kumpulan legenda Padi Reborn, menjanjikan malam penuh nostalgia dan emosi buat peminat muzik Indonesia.
🎟️ Kategori & Harga Tiket:
⭕️ RM236 – Atas Nama Cinta
⭕️ RM288 – Bala Sobat (Standing)
⭕️ RM388 – Pengeran Cinta
❌ RM428 – Laskar Cinta (Sold Out)
❌ RM488 – Sedang Ingin Bercinta (Sold Out – termasuk T-shirt eksklusif)
Tiket kini dijual secara dalam talian menerusi platform Ticket2U.
Konsert bermula jam 8 malam dan dijangka menghimpunkan ribuan peminat yang mahu menyanyikan lagu-lagu cinta dan rock ikonik Dewa 19 secara langsung.
“BalaDewa dan Sobat Padi, inilah masanya menjadi ‘Dewi’ dan ‘Mahadewi’. Jangan tunggu sehingga kategori terakhir habis,” ujar penganjur lagi.
Baca juga:








