Diesel naik tapi petrol disubsidi, fahami logik di sebalik polisi

Oleh: Megat Hisemudin Megat Kasim

ULASAN | Pengangkutan awam di Semenanjung ada ‘fleet card’ yang diberikan kepada syarikat. Yang bising diesel naik ialah kenderaan 4×4 persendirian. Majoriti kenderaan seperti kereta dan motorsikal menggunakan petrol sudah diberikan subsidi.

Berbanding di Thailand penggunaan diesel untuk ‘pickup’ 4×4 lebih banyak, apa saja pengangkutan barang guna ‘pickup’, jadi tentulah polisi negara Thailand akan mengambil kira penggunaan diesel lebih banyak daripada petrol. Subsidi pukal minyak lebih diberikan untuk diesel. Namun rakyat Thailand tak ada BUDI mcm Malaysia yang dapat harga petrol RM1.99 seliter.

Setiap negara mempunyai cara penetapan harga minyaknya. Kita menggunakan kaedah purata harga minyak mentah seminggu yang lepas berasaskan HARGA yang ditetapkan di Singapura (sebut harga pasaran bagi Asia khususnya) untuk menentukan harga jualan pada minggu ini. Sebab itulah turun naik harga minyak mentah di pasaran antarabangsa tidak dapat diterjemahkan kepada harga di pam minyak pada masa nyata.

Walaupun kita juga pengeluar minyak, tetapi minyak kita kurang sulfer yang dikategorikan minyak premium @ sweet crude. Ia dijual lebih tinggi harganya untuk ditapis jadi minyak jet. Yang kita tapis sendiri untuk kegunaan domestik hanya dapat memenuhi 30 peratus keperluan saja. Selebihnya kita terpaksa import minyak mentah sebanyak 70 peratus bagi keperluan negara.

Dengan krisis perang Iran maka kesukaran kapal untuk membawa minyak mentah makin bertambah. Kos sewaan kapal tangki semakin tinggi disebabkan jumlah hari di Teluk Parsi yg tersekat. Ia juga disebabkan kos insuran kapal yang melalui zon perang semakin bertambah.

Kalau dengar celoteh politik memanglah tidak bercakap tentang fakta tetapi untuk disesuaikan dengan nada politik masing-masing.

Walaupun dengan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa maka harga jualan minyak mentah Malaysia juga meningkat. Namun kita harus faham yang Malaysia adalah “net importer” minyak, bermakna kita mengimport lebih banyak dari eksport.

Lebihan hasil jualan minyak telah digunakan untuk menampung subsidi RON95, subsidi diesel kepada sektor perikanan, pengangkutan dan begitu juga subsidi diesel untuk pengguna di Sabah dan Sarawak.

Kita tidak dapat memuaskan hati setiap rakyat. Ini kerana kita harus menseimbangkan antara ekonomi makro dan ekonomi mikro.

***Penulis adalah jurutera awam dan sentiasa menulis mengenai isu semasa di Facebooknya

Anda Mungkin Berminat