Kehilangan seorang lelaki warga emas di dalam kebun di Kampung Hosapa, Jelebu, Negeri Sembilan pada Sabtu akhirnya terjawab apabila dia ditemui meninggal dunia.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba (PBK) II (TBK) Zainal Harun, sebaik pihaknya tiba di lokasi, mereka mendapati seorang lelaki warga emas yang hilang tersebut berada di kawasan kebun berkenaan.
“Setelah kami tiba di lokasi kejadian, kami mendapati seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 70-an yang dipercayai hilang itu di kebun tersebut.
“Mangsa yang ditemui bersama motosikalnya dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Dalam masa yang sama, didapati motosikal yang dinaiki mangsa berada dalam keadaan terjatuh dan mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga: