LUMUT: Tawaran diskaun 50 peratus bagi saman trafik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi antara daya penarik utama Program MADANI Rakyat 2025 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini (Jumaat) 13 hingga 15 Jun.
Bertempat di Lumut Waterfront dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, program ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti kepada pengunjung selain daripada promosi saman trafik.
Selain peluang mendapatkan diskaun bagi kesalahan terpilih, pengunjung juga dapat menyaksikan pameran aset serta pertunjukan pakaian lengkap ‘full gear’ oleh anggota PDRM.
Di reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) di K36, pelbagai perkhidmatan lain turut ditawarkan kepada orang ramai, antaranya pembaharuan pasport secara dalam talian, khidmat Bas Mekar daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan program Jom Exchange Al-Quran (JEQ)
Tidak ketinggalan, perkhidmatan gunting rambut percuma oleh anggota RELA serta sesi ramah mesra bersama pasukan keselamatan turut disediakan bagi memeriahkan suasana.
KDN menyeru masyarakat untuk hadir beramai-ramai ke program ini bagi menikmati pelbagai perkhidmatan serta merasai kemeriahan di Lumut Waterfront.