Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri akan diumum – Alexander

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengumumkan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat seperti mana dilaksanakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, makluman mengenai potongan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Memang akan ada kerana kita sudah buat untuk Tahun Baharu Cina. Jadi, tak akan kami tidak buat untuk sambutan Aidilfitri.

“Tidak lama lagi, kementerian akan umum kerana perkara ini masih lagi diperhalusi dan kita semua akan balik kampung dengan diskaun tol,” katanya ketika ditemui media selepas bermesyuarat di Kompleks Kerja Raya pada Khamis, lapor media tempatan.

Beliau berkata demikian pada program lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kementerian Kerja Raya (KKR) di Putrajaya.

Ditanya sama ada pemberian potongan tol itu ada dibincangkan bersama Perdana Menteri ketika lawatan kerja berkenaan, beliau memaklumkan perkara itu tidak termasuk dalam perbincangan terbabit.

Anda Mungkin Berminat