‘Diugut patah kaki, makan babi’ – Rakyat Malaysia syukur bebas daripada jerat scammer

Lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk dijadikan ‘scammer’ sebuah syarikat di Laos selamat pulang ke tanah air pada pada 10 pagi pada Jumaat.

Kata mangsa, segalanya bermula daripada tawaran pekerjaaan di Loas sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam talian oleh individu yang dikenali sebagai Andy dan Sam yang menjerat, K Khirubhananthan, 25, berkata, dia dan rakannya, T Thinagaran, 35, Farhana Mohd Zainal Abdain, 26 dan Muhammad Amirrul Nor Azman, 26.

Katanya, dua individu itu menawarkan gaji RM6,000 sebulan dan menyediakan kemudahan kediaman jika mereka bersetuju bekerja di sebuah syarikat swasta di Laos.

“Setibanya di Laos, mereka membawa kami ke suatu tempat dan dipaksa bekerja selama dua minggu sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam talian.

“Kemudian kami dipindahkan ke sebuah rumah sebelum kami dijual kepada warga China dan Taiwan.

“Kami dikurung di rumah berkenaan dan kami yang berbangsa India dipaksa untuk makan daging lembu, manakala rakan yang berbangsa Melayu dipaksa makan daging babi sehari sekali,” katanya memetik Berita Harian.

Khirubhananthan turut memberitahu, sindiket tersebut tersebut mengugut mereka untuk melakukan renjatan elektrik dan ancaman untuk mematahkan kaki mereka jika tidak menuruti tuntutan kerja tersebut.

“Sindiket tersebut turut merampas telefon bimbit dan pasport kami, menyebabkan kami terputus hubungan dan tidak dapat bergerak ke mana-mana.”

“Kemudian, kami terpaksa meminta pertolongan daripada penduduk Laos dengan meminjam telefon bimbit untuk menghubungi pihak yang boleh membantu kami melepaskan diri dari sindiket tersebut.”

“Kami berjaya menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang, dan pegawainya untuk datang menyelamatkan kami,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat