Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melarang rakyat khususnya yang berada di Melaka memakan dwicangkerang buat masa ini kerana hasil ujian terhadap sampel air dan kupang di perairan Port Dickson mempunyai biotoksin berbahaya.
Menerusi kenyataan, DOF turut mengeluarkan hebahan larangan sementara kepada pengusaha dan penternak untuk menghentikan serta merta aktiviti menjual dan mengeluarkan kupang.
“Larangan tersebut merupakan langkah yang diambil oleh Pejabat Perikanan Negeri Melaka berikutan kes pencemaran kupang di Port Dickson baru-baru ini.
“Kupang yang diuji di makmal mendapati terdapat alga berbahaya iaitu spesies Procentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia,” kata kenyataan yang dikeluarkan DOF.
Pihak DOF berkata pihak mereka akan meneruskan pemantauan berterusan dengan melakukan pengujian berkala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sehingga biotoksin dalam isi kupang tidak dikesan.
Baca juga: