WASHINGTON: Lebih separuh abad selepas tragedi pembunuhan ikon hak asasi manusia, Dr Martin Luther King Jr., pentadbiran Donald Trump telah ‘membebaskan’ lebih 230,000 halaman dokumen rahsia yang membuka semula perbincangan hangat mengenai peranan agensi perisikan dan konspirasi yang didakwa disembunyikan selama ini.
Dokumen itu kini boleh diakses umum merangkumi memo dalaman FBI tentang pemantauan invasif terhadap King yang digambarkan keluarganya sebagai ‘berniat jahat’.
Terdapat rekod CIA tentang pelarian James Earl Ray ke luar negara dan fail risikan asing termasuk maklumat dari Kanada yang memperkuat siasatan global.
Pendedahan ini menghidupkan semula kebimbangan lama, sama ada adakah Ray benar-benar bertindak sendirian? Pada 1999, satu kes sivil menyimpulkan bahawa King dibunuh hasil konspirasi yang melibatkan entiti kerajaan.
Kini, bukti-bukti baru dilihat sebagai serpihan penting untuk menyatukan semula teka-teki sejarah ini.
King Martin Luther King III dan Bernice King menyambut baik langkah itu tetapi menegaskan keperluan hormat dan empati dalam menilai dokumen tersebut.
“Warisan ayah kami bukan untuk dimusnahkan tetapi untuk difahami secara jujur,” kata Bernice.








