Dokumentari khas: Malaysia Bersama Palestin

Tatkala dunia mengunci mulut melihat kekejaman Israel terhadap Palestin, Malaysia tetap bersama dalam perjuangan memerdekakan bumi Gaza.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan gabungan beberapa NGO yang lain terus- menerus dengan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat di sana.

Pada 23 Mac lalu, Malaysia menghantar sebanyak 100 kontena merangkumi 1,358 tan barangan terdiri daripada pelbagai sumbangan ke Gaza menerusi misi bantuan kemanusiaan yang keenam.

Ketua Aktivis MAPIM, Dr. Sani Araby menjelaskan biarpun terdapat kesukaran dalam menyalurkan sumbangan ke Gaza disebabkan sekatan dari Zionis laknatullah, Malaysia tetap menjadi antara negara yang diberi kelebihan untuk masuk ke Sempadan Rafah kerana hubungan G2G yang terjalan antara Kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi.

“Hubungan dua hala yang baik antara Perdana Menteri dengan Kerajaan Arab Saudi sememangnya memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk menghukurkan bantuan ke bumi Gaza.

“Kalau tiada campur tangan kerajaan, saya tak rasa kita dapat laksanakan misi-misi bantuan kemanusiaan yang lain kepada saudara kita di Palestin,” katanya dalam satu dokumentari Malaysia Bersama Palestin di Youtube Malaysia Bangkit.

Pelbagai persoalan lain yang telah dirungkai dalam sebuah dokumentari khas yang akan disiarkan pada Rabu, pukul 2 petang di platform Youtube Malaysia Bangkit.

Teruskan menonton untuk melihat kupasan lebih lanjut mengenai isu yang sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat