Penyanyi berkumpulan popular, Dolla berjaya melebarkan sayap mereka dengan menyertai rancangan realiti, Show It All China di samping berentap dengan beberapa peserta lain bagi merebut gelaran juara.
Persembahan pertama merekan dengan mendendangkan lagu Damelo berjaya mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton.
Kehebatan mereka mendominasi pentas juga membuatkan peminat di negara Tembok Besar itu termasuk Malaysia, berbangga dengan pencapaian mereka.
Bahkan, video persembahan mereka turut tular di media sosial.
“Dulu Shila, sekarang Dolla pulak, memang artis kita sangat berbakat dan terbaik!,” kata Wan.
“Tolonglah bangga dengan Dolla, dah bawak nama Malaysia tau. Penonton sana pun sorak untuk diaorang tau,” kata Ben.
“Tarian diaorang memang gempak tau, lagi-lagi part dance break yang ada api tu,” kata Farisha.
Dalam pada itu, Dolla menganggap tawaran tersebut sebagai peluang besar mereka untuk keluar daripada zon selesa serta mendapatkan pendedahan di luar negara terutama di China.
“Dalam program tersebut, setiap minggu beberapa kumpulan wanita lain dari pelbagai negara turut dijemput bagi menyertai program berkenaan , contohnya seperti Pixxie, BoysWorld, Bini dan G22.
“Episod pertama menampilkan kumpulan kami dan sebagai kumpulan senior wanita dan kami akan berkongsi pengalaman serta budaya dan peserta-peserta akan belajar berdasarkan pengalaman kami,” kata Syasya Rizal, memetik laporan mStar.
Rancangan Show It All tersebut disiarkan secara ekslusif di aplikasi Mango TV, setiap Khamis yang bermula pada 28 Mac.
Baca juga: