DOSM: Pengeluaran getah asli meningkat 5.9 peratus

PUTRAJAYA: Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat sebanyak 5.9 peratus pada Jun 2025 berbanding bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sektor pekebun kecil menyumbang lebih 84 peratus daripada jumlah pengeluaran.

Stok getah asli negara pula menurun 11.4 peratus kepada 164,000 tan metrik pada bulan tersebut.

Eksport getah asli turut merosot 17.3 peratus dengan China kekal sebagai pasaran utama diikuti Jerman dan Emiriah Arab Bersatu.

Produk utama eksport ialah sarung tangan getah yang bernilai RM1.2 bilion pada Jun 2025.

Kenyataan itu turut menyatakan harga purata bagi Lateks Pekat dan Sekerap menunjukkan penurunan masing-masing 9.0 dan 7.0 peratus berbanding Mei.

Seterusnya prestasi suku kedua 2025 menunjukkan pengeluaran getah menurun 28.6 peratus berbanding suku pertama.

Laporan ini diterbitkan ketika Malaysia mempengerusikan Jawatankuasa Sistem Statistik Komuniti ASEAN Ke-15 (ACSS15) dan menduduki tangga pertama dunia dalam Open Data Inventory 2024/25.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat