Dr Dzulkefly sedia galas tanggungjawab Menteri Kesihatan sekali lagi

Menteri Kesihatan baharu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui dirinya sudah bersedia untuk menggalas semula tanggungjawab tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kepercayaan tersebut kepadanya untuk mengendalikan kementerian itu sekali lagi.

“Dua belas bulan rehat yang baik atau seakan terhenti. Sedia untuk bangkit semula,” katanya dalam satu kenyataan di X pada Selasa.

Dzulkefly sebelum ini menyandang jawatan sama dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Untuk rekod, Dzulkefly, yang juga Pengarah Strategi AMANAH berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum berlaku Langkah Sheraton, iaitu kerajaan ditumbangkan menerusi peralihan sokongan Ahli Parlimen.

Selepas Kerajaan Perpaduan memerintah pada November 2022, Dr Dzulkefly tidak dilantik ke dalam Kabinet.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat