Oleh: Tyah Helmi
KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza tampil menyindir terhadap pihak tertentu yang melarang Mufti daripada bercakap berkaitan hal politik dan agama sahaja.
Menerusi kenyataan dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, Dr Maza tampil mempersoalkan kepada beberapa pihak yang didakwa cuba mengubah agama demi kepentingan politik semata-mata.
“Semalam kamu kata agama dan politik tidak boleh berpisah. Kamu kata “sesiapa yang memisahkan agama dan politik maka dia menjadi kafir,” katanya.

Sehinggakan itu katanya, berdasarkan kes yang terdahulu ramai yang menjadi mangsa dan dilabel menjadi kafir dek kerana fahaman politik yang dibawa oleh pihak tertentu.
“Maka dalam sejarah kamu, begitu ramai yang telah menjadi mangsa kafir mengkafir atas teori tersebut.
“Hari ini lain pula bunyinya.
“Kemudian, larangan membuat tuduhan tanpa bukti itukan larangan agama?.
“Sudah berapa kali kamu ubah agama kerana kehendak politik kamu? Apakah agama yang kamu perjuangkan selama ini?” soal beliau.
Difahamkan, lontaran yang dinyatakan oleh beliau ditujukan oleh PAS susulan kenyataan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa tekanan projek tidak mengikut peraturan sebagai punca utama Mohd. Shukri Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis.
Baca juga:








