Dron serang lagi kapal Flotilla, rakyat Malaysia selamat

Oleh: Tyah Helmi

TUNISIA: The Global Sumud Flotilla (GSF) mengesahkan sebuah lagi kapal mereka diserang dipercayai menggunakan dron di jeti perairan Tunisia semalam.

Kapal pelayaran tersebut dikenali ‘The Alma’ itu yang belayar dengan membawa bendera British itu terbakar di dek atas akibat serangan itu.

“Alma telah diserang oleh dron ketika ia berlabuh di perairan Tunisia.

“Bot tersebut, yang berlayar di bawah bendera Britain, mengalami kerosakan akibat kebakaran di dek atasnya.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan, dan semua penumpang serta anak kapal berada dalam keadaan selamat.” katanya dalam satu kenyataan media pada lewat Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan sedang dijalankan dan maklumat lanjut akan diumumkan sebaik sahaja ia tersedia.

Kata GSF lagi, kejadian terbabit berlaku ketika tiada penumpang di dalam kapal terbabit.

“Ini merupakan serangan kedua dalam tempoh dua hari.

“Serangan berulang ini berlaku ketika pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza semakin memuncak, dan merupakan usaha yang dirancang untuk mengalihkan perhatian serta menggagalkan misi kami,” ujarnya.

Justeru katanya, Flotila Global Sumud akan terus mara tanpa gentar.

“Pelayaran aman kami untuk memecahkan sekatan haram Israel ke atas Gaza dan berdiri teguh bersama rakyatnya akan diteruskan dengan tekad dan iltizam,” tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama, salah seorang daripada rakyat Malaysia yang berada di kapal yang sama iaitu Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri memaklumkan bahawa, tiada laporan kecederaan berlaku termasuk kepada tiga rakyat Malaysia yang menaiki kapal yang sama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat