Dua individu bergaduh guna kerusi plastik telah ditahan polis

Video yang telah tular berdurasi 49 saat di media sosial dipercayai melibatkan dua individu bergaduh dengan menggunakan kerusi plastik berlaku di daerah Sarikei, Sarawak baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sarikei, Aswandy Anis, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di perkarangan hadapan sebuah kedai minum di Jalan Pinang Laka, Sarikei.

“Berikutan daripada kejadian ini, satu laporan polis telah dibuat. Pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei telah menahan dua individu yang terlibat dalam kes pergaduhan tersebut.

“Susulan itu, kes telah disiasat dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan atas kesalahan gaduh gempar di tempat awam.

“Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh dihukum denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

Aswandy turut berkata, pihaknya menegaskan bahawa pihak polis memandang serius ke atas apa-apa kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam di daerah itu.

Oleh itu, pihak polis menyeru kepada masyarakat agar terus menyalurkan apa-apa maklumat kejadian jenayah kepada pihak polis.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat