Dua lelaki ditahan halang tugas polis ketika himpunan di Kedutaan AS

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan 32 tahun selepas disyaki menghalang tugas anggota keselamatan ketika himpunan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di Jalan Tun Razak, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lebih 50 orang hadir menyertai himpunan aman, namun keadaan bertukar tegang apabila berlaku cubaan menutup aliran trafik sehingga mencetuskan kekecohan. Seorang anggota polis dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.

Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan hak berhimpun secara aman adalah dijamin Perlembagaan Persekutuan, namun ia mesti dilaksanakan secara tertib, mematuhi undang-undang dan tidak menjejaskan keselamatan awam.

“KDN menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengambil langkah tegas demi memastikan keamanan dan ketenteraman masyarakat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat