Dua lelaki nekad terjun bangunan terbakar selamatkan diri

Dua mangsa lelaki cedera selepas terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri daripada insiden kebakaran kedai di Taman Jelita, Miri, Sarawak pada Rabu.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.29 malam mengenai insiden tersebut.

Jelasnya, seramai 18 anggota diketuai PKPGB Bonny Martin bergegas ke tempat kejadian menaiki jentera FRT dan EMRS.

“Insiden kebakaran ini melibatkan bangunan kedai tiga tingkat berkeluasan 20×60 kaki yang dijadikan bilik sewa.

“Kebakaran berlaku pada tingkat dua dengan kemusnahan 100 peratus manakala tingkat tiga hanya 10 peratus akibat daripada haba dan ‘smoke damage‘.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki cedera akibat terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Miri menggunakan unit EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, anggota bomba membuat pemadaman menggunakan teknik ‘offensive dan defensive’ bagi mengawal dan memadam kebakaran dan operasi ditamatkan pada pukul 11.24 malam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat