Dua lelaki, seorang wanita ditahan miliki syabu

Polis berjaya membongkar kegiatan tiga individu disyaki memiliki dadah seberat kira-kira 105 gram (g) di sekitar kawasan Kluang, Johor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan telah menemui 16 paket plastik lutsinar di dalam berisi bahan disyaki syabu anggaran kasar 105 gram yang dianggarkan bernilai RM21,000.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan dapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Bahrin, hasil semakan mendapati dua orang suspek lelaki mempunyai rekod lampau narkotik manakala suspek wanita mempunyai rekod lampau jenayah.

“Ketiga-tiga suspek direman selama enam hari bermula 10 hingga 16 Mei,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan rotan jika disabit kesalahan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi di talian 07-7784222 atau 07-7766822.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat