Dua maut, Axia bertembung 4WD

SETIU: Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Setiu-Kuala Terengganu, jam 4.31 pagi tadi.

Penolong Penguasa Bomba tempatan, Mohd Sarizan Mohammad Sapawi berkata mangsa maut membabitkan dua wanita iaitu pemandu dan penumpang belakang kereta perodua Axia.

“Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala dua lagi penumpang kereta itu iaitu seorang lelaki dan seorang lagi wanita, cedera.

“Pemandu pacuan empat roda dan seorang penumpang juga dilaporkan turut cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarizan menjelaskan kesemua identiti mangsa belum dikenalpasti.

Operasi mengeluarkan mangsa berakhir jam 6.22 pagi tadi dengan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Setiu, untuk tindakan lanjut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat