GENEVA: Dunia mula mencetuskan gelombang protes besar-besaran sejurus Israel menyerang misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza pada pukul 3 pagi waktu tempatan Malaysia pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri menerusi satu perkongsian di laman rasmi Facebooknya, seluruh rakyat Eropah khususnya di Geneva sudah mula berhimpun dan protes di beberapa jalanan utama bagi menekan kerajaan mereka untuk serangan Israel ke atas seluruh kapal armada GSF.
Dalam perkembangan sama, Pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah Amin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun di hadapan pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS) hari ini bagi menguatkan lagi solidariti terhadap rakyat Malaysia dan seluruh delegasi GSF yang telah ditangkap tanpa rela oleh rejim haram Israel pada pagi Khamis.
Menurut laporan TRT World, Di Istanbul, ratusan orang sudah mula berhimpun di hadapan Konsulat Amerika Syarikat bagi membantah tindakan Israel.
Difahamkan, rakyat mula melaungkan slogan, berdoa untuk rakyat Palestin di Gaza serta mendesak masyarakat antarabangsa bersuara menentang apa yang mereka sifatkan sebagai “pembunuhan beramai-ramai.”
Di Eropah pula, kebangkitan rakyat semakin jelas apabila pelajar dan ahli kesatuan akar umbi berkumpul di Piazza dei Cinquecento berhadapan Stesen Termini.
Serangan Israel terhadap flotilla antarabangsa itu kini dianggap titik tolak kebangkitan baharu, apabila dunia mula bersatu menentang kezaliman Israel di Gaza.
Baca juga: