Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tubuhkan ‘task force’ (pasukan petugas) untuk mengesan ladang-ladang yang disyaki menyimpan haiwan ternakan yang tidak diketahui punca bekalan bagi mengelakkan penyakit zoonotik yang boleh berjangkit kepada manusia.
Ladang-ladang yang dikenal pasti itu akan dipantau secara proaktif oleh DVS daripada sudut kesihatan ternakan ladang untuk mengekang penularan penyakit ternakan kepada orang ramai.
Hal ini susulan daripada peningkatan jualan kambing dengan harga yang luar biasa murah dan tidak dapat dikenal pasti status kesihatan ternakan berkenaan, terutamanya buat ternakan yang dibawa masuk dari luar negara yang wajib menjalani proses kuarantin terlebih dahulu untuk mengesahkan ia benar-benar sihat.
“Ini kerana haiwan yang tidak dikuarantin dikhuatiri boleh membawa penyakit zoonotik seperti anthrax, leptospirosis dan chlamydiosis.
“DVS turut mengingatkan orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan harga murah dari pasaran dan boleh meminta penjual menunjukkan permit pemindahan ternakan dan sijil kesihatan yang telah disahkan oleh DVS,” kata kenyataan yang dikeluarkan DVS.

DVS turut menyeru orang ramai yang mempunyai informasi mengenai haiwan ternakan yang disyaki diseludup untuk salurkan maklumat kepada DVS melalui pejabat DVS negeri yang terdekat atau berhubung melalui nombor talian dan e-mel.
Baca juga: