Eddy Bernard ungguli pingat pertama Malaysia

ATLET olahraga negara Eddy Bernard menyumbang gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di de de France, Paris pada Ahad.

Bernard yang berlari di lorong ketiga menamatkan saingan di garisan penamat dengan catatan 11.58 saat (s).

Atlet berusia 23 tahun itu pada penampilan sulung di pentas Sukan Paralimpik turut memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.

“Saya sangat puas hati. Ini adalah kali pertama saya menyertai temasya paralimpik ini, dan saya merasa bangga serta bersyukur dengan usaha yang telah saya curahkan selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, pingat emas disambar wakil Afrika Selatan, Mpumello Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba,Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s.

Anda Mungkin Berminat