Editorial Malaysia Bangkit Ucap Selamat Hari Deepavali

DEEPAVALI, pesta cahaya yang dinanti-nantikan saban tahun oleh masyarakat berketurunan India di negara ini.

Perayaan ini melambangkan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan, serta cahaya ilmu dan kebenaran yang menyingkirkan kegelapan kejahilan.

Di sebalik kemeriahan lampu dan warna-warni kolam, Deepavali mengajak kita merenung makna kehidupan yang penuh nilai kemanusiaan, kasih sayang dan kesederhanaan.

Ia menjadi simbol bahawa dalam kepelbagaian, masih ada ruang luas untuk kita meraikan perbezaan dan memperkukuh ikatan sesama insan.

Di Malaysia, sambutan Deepavali membawa mesej perpaduan dan keharmonian yang begitu bermakna.

Ia memperlihatkan keindahan hidup bersama dalam suasana saling menghormati dan memahami, di mana setiap perayaan diraikan sebagai milik bersama rakyat yang cintakan keamanan dan kebersamaan.

Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Anda Mungkin Berminat