Ekonomi digital Negara berkembang maju, tarik minat pelaburan asing

Ekonomi digital Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan teguh dan daya tahan, dengan peningkatan kemasukan pelaburan asing apabila lebih banyak syarikat antarabangsa diwujudkan di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia Vikram Singh. pertumbuhan sihat itu mampu menjadikan negara sebagai pilihan utama membangunkan pangkalan mereka.

“Ekonomi digital Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan dan daya tahan yang menjanjikan. Pelaburan langsung asing negara juga dijangka meningkat, terbukti daripada peningkatan bilangan syarikat yang memilih untuk menubuhkan pangkalan mereka di sini,” jelasnya yang hadir pada acara Sidang Kemuncak Pemimpin Digital 2023 baru-baru ini.

Acara tersebut bertujuan menghimpunkan pemimpin teknologi utama untuk membincangkan pelbagai topik termasuk gangguan dengan penggunaan Al, sempadan baharu dalam teknologi mendalam untuk penciptaan kandungan, evolusi industri dan e-dagang.

Lebih 200 delegasi kanan daripada pengganggu digital terkemuka, syarikat teknologi, pemodal teroka, profesional industri, pengasasbersidang untuk siri perbincangan yang menarik tentang ekonomi baharu dan peluang untuk pertumbuhan.

Sidang kemuncak itu menampilkan penceramah termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, pengerusi dan pengasas bersama Kumpulan Catcha Patrick Grove dan Ketua Pegawai Eksekutif Yanolja Cloud Jong Yoon Kim.

Anda Mungkin Berminat