Ellie Suriaty setuju jumpa Imran Bard, tentukan tindakan saman

PELAKON dan pengarah Ellie Suriaty bersetuju untuk bertemu dengan pempengaruh, Imran Bard bagi menyelesaikan isu yang timbul antara mereka.

Menerusi Insta Story, Ellie memaklumkan pertemuan itu hanya akan berlangsung selepas Imran kembali ke Kuala Lumpur kerana dia kini berada di kampung.

“Saya setuju dengan permintaan Imran untuk berjumpa, tetapi buat masa ini dia masih di kampung. Insya-Allah, kami akan berjumpa selepas dia pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Ellie, pertemuan itu akan menjadi faktor penentu sama ada dia akan meneruskan tindakan saman terhadap Imran atau tidak.

“Sesi ini akan menentukan sama ada saya meneruskan saman atau sebaliknya. Semuanya bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf Imran,” ujarnya.

Sebelum ini, Ellie meminta ibu bapa Imran membuat permohonan maaf susulan tindakan pempengaruh itu yang didakwa mencemarkan namanya menerusi satu video di TikTok.

Ellie meluahkan rasa kecewa apabila namanya dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dalam video berkenaan, walaupun ia hanya berbentuk parodi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat