Elon Musk dakwa X kena serangan siber maha dahsyat

Oleh: Aliyaa Azmi

SAN FRANCISCO: Platform media sosial X mengalami serangan siber besar-besaran yang menyebabkan gangguan akses kepada pengguna di Asia, Eropah, dan Amerika Utara sejak awal pagi semalam.

Pemiliknya, Elon Musk mengesahkan serangan itu masih berlaku tetapi tidak memberi butiran lanjut.

Musk mendakwa serangan itu mungkin didalangi pihak besar atau sebuah negara.

Laman pemantau Downdetector merekodkan lebih 40,000 aduan pengguna yang gagal mengakses platform tersebut dalam tempoh beberapa jam.

Musk sebelum ini pernah menyalahkan serangan siber atas gangguan ketika wawancara langsungnya dengan Presiden AS, Donald Trump, tahun lalu.

Musk turut berkongsi spekulasi bahawa serangan ini bermotifkan penentangan terhadap kepimpinannya dalam Tesla dan beberapa syarikat lain.

Dalam temu bual bersama Fox Business, Musk mendakwa alamat digital penyerang dikesan di kawasan Ukraine, tetapi siasatan masih dijalankan.

Pakar keselamatan siber menganggap serangan berkenaan mungkin sebahagian daripada perang siber, terutama dengan ketegangan politik yang semakin meningkat.

Setakat ini, X belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca serangan dan langkah pemulihan yang diambil.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat