Empat beranak berjaya diselamatkan dalam kebakaran rumah yang berlaku di Taman Four Sea, Port Dickson, Negeri Sembilan pada pagi Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menerima laporan kecemasan pada pukul 4.28 pagi mengenai kebakaran rumah yang melibatkan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menurut laporan ketua pasukan bomba Mazlan Ahmad, kebakaran tersebut berada di kekal dua tingkat (kelas A) yang berkeluasan 22 x 70 kaki persegi.

“Kebakaran tersebut memusnahkan sebanyak 20 peratus bahagian ruang tamu, dan ianya telah berjaya dipadamkan orang awam sebelum pihak bomba sampai ke lokasi kejadian.
“Kesemua 4 orang mangsa yang berada di atas bumbung rumah tersebut, berjaya diselamatkan pihak Bomba menggunakan tangga.
“Dua orang mangsa iaitu wanita dewasa telah melecur di bahagian kaki dan tangan, manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan pula melecur di bahagian tapak kaki sudah diberikan rawatan awal oleh pihak perubatan bertugas dan pasukan unit EMRS,” katanya dalam satu kenyataan.
Dipercayai, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson menggunakan ambulans dan EMRS.
Difahamkan, seramai 11 orang anggota Pasukan Bomba daripada BBP Port Dickson telah digerakkan ke tempat kejadian menaiki jentera FRT, EMRS dan sebuah Hilux.
Baca Juga: