Empat Negeri Catat Peningkatan Dagangan RM93.5 Bilion Pada Jun 2025

PETALING JAYA: Jumlah perdagangan negara bagi Jun 2025 mencapai RM234.9 bilion, merangkumi eksport: RM121.7 bilion dan import: RM113.1 bilion.

Menurut laporan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), eksport menurun sebanyak RM4.4 bilion (3.5%) berbanding Jun tahun lalu, kesan daripada pengurangan eksport di Johor, Sarawak dan Kedah.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, lima negeri mencatat pertumbuhan eksport, dengan Pulau Pinang mendahului sebanyak RM4.9 bilion, diikuti peningkatan kecil di Sabah, Melaka, Kelantan dan Perlis.

“Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang eksport tertinggi negara iaitu 39.5 peratus, diikuti Johor 18.6 peratus, Selangor 16.9 peratus, Sarawak 5.3 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 4 peratus.” katanya.

Menurutnya lagi, import negara naik 1.2 peratus, Selangor terus mendahului dengan 24. 4 peratus.

Mohd Uzir berkata, import keseluruhan meningkat RM1.4 bilion (1.2%) berbanding Jun 2024.

“Lonjakan ini dipacu oleh negeri seperti Pulau Pinang, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Sebaliknya, Negeri Sembilan, Kedah dan Melaka mencatatkan penurunan ketara,” katanya.

Dalam perkembangan serantau, DOSM bakal mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sistem Statistik Komuniti ASEAN Ke-15 (ACSS15) yang bertujuan mengukuhkan kerjasama statistik antara negara ASEAN.

Malaysia juga mencipta sejarah apabila menduduki tempat pertama dunia dalam laporan Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, mengatasi 198 negara lain dalam keterbukaan dan kebolehaksesan data.

Anda Mungkin Berminat