MELAKA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa serangan seksual membabitkan beberapa pelajar lelaki.
Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku pada 2 Oktober lalu dan terbongkar selepas video berkaitan tersebar dalam kalangan pelajar sebelum dimaklumkan kepada guru dan seterusnya diketahui oleh ibu mangsa.
Difahamkan, sebelum kejadian, pelajar berusia 15 tahun itu berpatah balik ke kelas untuk mengambil bahan projek yang tertinggal sebelum didatangi beberapa pelajar senior.
Mangsa yang trauma kemudian memaklumkan kejadian kepada ibunya selepas video insiden berkenaan didakwa tersebar di media sosial.
Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah, dan pelajar berkenaan telah dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan serta menerima rawatan dan sesi kaunseling.
Susulan laporan polis, empat pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dijangka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan telah ditahan bagi membantu siasatan, yang dijalankan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa kesemua suspek telah direman selama enam hari hingga 16 Oktober bagi membantu siasatan.
Baca juga: